Sunday, January 10, 2010

Rasa muda untuk buat Haji

Perkara pertama yg di ucapkan kpd saya bila saya menjemput kepulangan dari tanah suci Mekah oleh Allahyarham bapa saya, Jamil bin Mustafa ialah " Ezuan, ada rezeki pergilah haji masa muda". Dan alhamdullilah selepas 10 tahun, pada tahun 2008 saya dan isteri telah dipanggil utk menjadi tetamu Allah menunaikan haji. Perasan yg sama ingin berkongsi bersama anda semua.

Semasa di tanah suci lagi, saya berazam untuk menerangkan & menyeru kawan sebaya untuk mengerjakan haji pada usia muda. Ini kerana kerja haji semua melibatkan fizikal. Contoh seperti di bawah :

  1. Tawaf - perlu mengelliligi Kaabah sebanyak 7 kali , dalam 30-45 minit berjalan.

  2. Saie - berjalan berualang kali dari bukit Safa ke Marwa sebanyak 7 kali, jangkamasa 1jam.

  3. Wukuf di Arafah - berada di tanah Arafah pada 9 Zulhijjah. kekuatan utk beribadat spt zikir, baca Alquran dan berdoa

  4. Melontar di Jamrah - melontar batu di jamrah. kekuatan fizikal diperlukan utk berjalan dari tempat tinggal kita di Mina ke tempat melontar. Biasanya perjalanan tu mengambil masa 30-45 minit.

Jadi kita memerlukan kekuatan fizikal utk melakukan ibadah haji ini. Walaupun muda, itu tak menjamin kita mampu buat. Kita juga harus berdoa kepada Allah, semoga diberi kukuatan sepanjang tempoh di sana. Ramai juga org yg berusia 70 ke atas mampu mengerjakannya. Ini semua rahmat Allah.


Selain fizikal, usia muda juga mampu menolong kita melakukan ibadah dgn lebih sempurna. Cthnya: ada rakan sebilik saya yg usia lebih 70 thn, dah ikuti kursus haji 2 tahun tapi mungkin di sebabkan tak ingat atau lupa asyik bertanya kpd kawan saya yg lain tentang ibadah haji. Sebelum berangkat dari Mekah ke Madinah, sedang saya pek kain ihram dalam kotak utk pos balik ke M'sia, beliau bertanya " hang antaq balik kain ihram? Nanti kalu nak buat umrah di Madinah mcm mana?". Terpaksa kami terangkan yg umrah hanya boleh buat di Mekah, Madinah tak blh buat umrah.

Saya bersyukur kpd Allah, dpat menunaikan haji pada usia 34 tahun. Walaupun ilmu kurang, tapi dpt menimba ilmu utk ibadat haji melalui buku-buku serta penerangan beberapa ustaz. Seminggu sebelum berangkat ke Mekah, pihak syarikat pengurusan haji menyediakan kursus express haji selama kira kira 2 jam. Lupa nama Ustaz tu, tapi dia dari Kalimantan. Penerangan Ustaz begitu jelas...terasa mcm kita sedang nampak apa yg dia cerita. Dari cara keluar rumah, buat tawaf, saie, amalan semasa disana, apa perlu buat di Arafah sehinggalah kita sampai balik ke rumah. Keluar saja kursus itu, isteri saya Roza berkata " Abang, jom kita pi (Mekah) esok" .

Di sini saya senaraikan kelebihan mengerjakan ibadah haji pada usia muda pada pendapat saya:

  • kekuatan fizikal
  • kekuatan mental
  • mudah menerima ilmu
  • tak mudah lupa
  • senang pergerakan utk ke masjid
  • tidak menyusahkan org lain
  • selera makan yg simple, apa saja makan. tak cerewet.
  • mampu menolong org lain semasa di sana
  • lebih mudah di ajar
  • lebih suka bertanya kpd utz jika ada masalah
  • mati tak semestinya pada usia tua
Kesimpulannya, usia bukan penghalang untuk menunaikan haji atau melakukan sesuatu ibadat. Jangan menangguh sesuatu ibadat, kerana kita tak tau bila akan di panggil menemui Allah. Ungkappan seperti " buat dosa dulu masa muda...nanti bila tua kita taubat la, pergi haji, dok masjid" adalah tidak relevan. Biasa juga didengar spt " kalu pi haji waktu muda, nanti balik kena jadi baik. dah tak blh buat itu dan ini" juga tidak relevan bagi saya.