Senarai barangan yang kami bawa, secara ringkasnya:
- Ubat-ubatan:
- ubat sakit tekak (Fisherman's Friends)
- pil chiki tek aun
- satu set ubat sakit selsema, demam dsb (ini disebabkan kami pergi bukan di bawah Tabung Haji. Jadi kami tiada kemudahan perubatan. So kami bawa ubat-ubatan ni.
- krim untuk kaki kering
- lip balm
- vitamin C
- note: semua ubat ni available kat Farmasi di sana. Cuma mahal sikit dan kalau musim haji, orang sesak dalam mana-mana kedai, especially yang dekat dengan Masjidil Haram.
- Pakaian Wanita:
- telekung - 4 helai
- jubah seluar - 3 pasang
- baju harian - 2 helai
- seluar dalam pakai buang (untuk kegunaan semasa wukuf di Arafah.
- setokin - 4 pasang
- sepasang kasut ikat - untuk digunakan semasa melontar
- Pakaian Lelaki:
- kain pelekat
- jubah (sebab my hubby gunakan jubah untuk ke masjid)
- baju Melayu
- tali pinggang ihram
- kain ihram - 2 pasang
- sandal yang terbuka di depan - untuk kegunaan dalam ihram
- Beg Pack - seorang satu. Untuk memudahkan pergerakan, kami memilih untuk membawa bag pack untuk kegunaan ke Arafah dan Mina.
- Beg kasut dan beg isi batu untuk melontar. Well, everybody di Malaysia sibuk bertanya tentang karung kasut dan karung batu. Sebenarnya, tak wajib pun. Jemaah haji negara lain rileks aja...isi jelah kasut dalam mana-mana beg plastik. Lagipun dalam musim haji, kita kena bawa kasut sama dengan kita. Tak boleh tinggal kat rak kat luar tu. Ada orang isi batu untuk melontar dalam saku jaket aja. Simple...
- Untuk kegunaan di Arafah dan Mina:
- Disebabkan pakej kami tidak bermalam di Mina, kami tidak perlu membawa barang yang banyak. Kami hanya bermalam satu malam di Arafah, kemudiannya pulang kembali ke Mekah. Setiap hari, kami berulang ke Mina untuk melontar dan mabit selama 6 jam dan pulang semula ke Mekah.
- Jadi, memadai untuk kami membawa tuala kecil, sehelai telekung (just in case telekung kotor) dan sejadah untuk lapik solat. Boleh dikatakan kami ke Arafah sehelai sepinggang. Lagipun, jemaah dinasihatkan tidak mandi, apa lagi membasuh baju di Arafah disebabkan kesesakan bilik mandi.