Saturday, November 13, 2010

Melontar Jamrah

Kawasan Jamrah
Bermabit di Mina...hotel seribu bintang
Ketika di Jamrah


Kita perlu melontar di 3 Jamrah pada 11,12 & 13 Zulhijrah. Dan sekali di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijrah. sekali melontar 7 biji batu. Jadi jumlah keseluruhannya ialah 70.
10 hb - 7 biji , 11-13hb: 7 X 3 X 3 hari = 63 biji, total 7 + 63 = 70.

Tujuan kita melontar adalah simbolik kpd Nabi Ibrahim melontar batu kpd syaitan. Tetapi apa yg lebih penting, semasa melontar kita balik batu tu kpd anggap utk buang sifat-sifat yg buruk pada diri kita sendiri.

Disamping itu, kita juga kena bermabit (bermalam) di Mina pada hari hari di atas. Kami tak tinggal di khemah yg disediakan. Kami memilih utk tinggal di Mekah. Jadi setiap hari kami bermabit (tinggal min 6 jam) di hotel seribu bintang di Mina...hotel yg tiada bumbung...mmg blh nampak beribu bintang. Kami bawa tikar & tilam utk tidur, sgt seronok. Tidur di bahu jalan dgn ribuan jemaah lain. Makan sesama...mcm berkelah. Teringat pada malam ke 2, aku suka bertegur sapa dgn jemaah lain. Dan aku bersembang dgn pak arab (tapi lupa negeri mn)...sampai tidur pun depa ajak tidur dgn depa...makan makanan depa.

Setiap hari kami berulang alik dari Mekah ke Mina. Perjalanan amik masa 30-45 saja. Tahan van, kemudian kena jalan skit dalam 1km ke tempat melontar.

Sebenarnya, jamrah pun antara bahagian ibadat haji yang aku risaukan.  Ramai yang berpesan supaya berhati-hati semasa melontar sebab jemaah ramai.  Masing-masing akan berebut dan masing-masing dengan emosi masing-masing...akan ada yang lontar payung, botol, macam-macam.  Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah dan perancangan Tuan Haji Yusof yang berpengalaman luas, kami dibawa melontar pada waktu yang bukan peak hours melontar jamrah.  Kalau waktu kami sampai, orang masih ramai, kami akan berehat seketika sementara menunggu jamrah agak lengang.



Nampaknya jemaah pada tahun 2010 dapat mengunakan perkhidmatan keretapi laju. sila lawati link ini.